Sunday, December 5, 2010

CHINA TRIP - SHENZEN & GUANGZHOU (26Nov-30Nov2010)


Husna Bergambar di airport Guangzhou, dan kami berada di depan pintu masuk HUAISHENG MOSQUE yg dibina di zaman dynasty Tang 1,300 tahun dahulu & located at Guangta Road, Yuexiu District , Guangzhou

26hb Novemberb 2010

Pada 26hb November2010 , kami tiga beranak iaitu suami & anak bungsuku telah mengikuti trip SRI ILMI ke Senzhen & Guangzhou selama 5 hari.

Untuk tidak menyusahkan sesiapa,, kami mencuba kaedah jimat masa dan wang (RM12.50/person) untuk ke LCCT iaitu dengan menaiki KLIA Transit di KL Sentral. Alhamdulillah, perkhidmatan ini cekap dan kami tiba di LCCT dalam masa 1 jam sahaja ( perlu transit dgn Bas di Salak Tinggi utk ke LCCT- tambang bas adalah dlm package sekali)
Rombongan kami yang terdiri dari 25 orang dari SRI ILMI ini, mengikut rombongan Darul Mubarak Travel Tours seramai 27 orang yang dibimbing oleh Ustaz Muhamad Ismi , mula bertolak jam 8.30malam dengan AirAsia dan perjalanan ke Guangzhou mengambil
masa 4 jam sahaja.

Flight AK114 kami tiba di Guangzhou jam 12.30 malam dan terus menaiki bas ke Senzhen dan tiba di Muslim Hotel di Senzhen 2 jam kemudian. Rombongan kami akan berada 2 malam di sini.

27hb November 2010
Kami bersarapan di restaurant bersebelahan hotel tersebut, Sup mee Ramen yang dibuat on the spot serta roti apatah name nye... macam roti arab aje...Sedap jugak mee sup ni..siap bagi sambal cili style depa le.. utk pedas ...

Ahli rombongan SRI ILMI yang terlibat dengan mesyuarat akan terus bertapa dalam bilik meeting di hotel tersebut sementara spouse masing2 akan berjalan dan membeli belah di Dongmen.
It is no wonder that Dongmen Pedestrian Street is the No.1 shopping center of Shenzhen. Various kinds of shops, restaurants and cinemas are open here.
Memang terlalu luas kawasan Dongmen ni, sakit kaki berjalan kat sini sebab kenderaan tak dibenarkan masuk dalam kawasan shopping ini.

Aku tak bebas nak shopping sebab takut tertinggal dari kumpulan dan sesat jalan. Masa yang diberikan pun tak lama…memang tak puaslah nak berbelanja…aku Cuma dapat beli stoking panjang , jacket fleece dan sweater untuk Zakkir my son, harga sweater & Jacket memang murah dan high quality hanya ¥69(RM33) disebabkan tengah sales. Masalah komunikasi adalah penghalang utk aku bergerak sendirian di China..Make sure sesiapa nak berjalan bawaklah kad business Hotel anda dan mintak receptionist tuliskan dalam tulisan china tempat yang hendak di tuju! Teksi driver depa ni tak faham dengan sebutan kita dan sepatah haram tak faham English !!! Penat berinteraksi tapi macam itik dengan ayam jugak !!!

Oh ya! Saja nak kongsi nama hotel yang kami tinggal ni, in case ade yg minat nak menginap di sini nanti. Hotel MUSLIM, No.2013, Wenjing South Road,0518002 Senzhen China Tel.075582259664/35466. email: lapeiji@163.com.

On the way balik hotel untuk solat zuhur+asar aku pun beli buah delima tepi jalan..harga nye hanye ¥10 untuk 5biji! Dahlah buah nye besar murah giler!! Minum ayer oren freshly squeeze without additional water & sugar ¥8 memang terangkat keaslian nye!!!

Selepas solat jamak, jam 2.30 petang kami pun bertolak ke Window of the World theme park yang terletak 45minit drive dari hotel kami, jalan agak sesak dengan driver bas kami tu memandu macam hantu , since no traffic policeman around the road ,dia ikut suka aje potong atau buat U-turn. Kalau nak drive sendiri kat sini, kena tahu bahasa china, pasal tulisan signboard tu memang mostly in Chinese, kalu ade tulisan Rumi pun agak kecik font nye susah nak baca dari jauh..
The Window of the World is a theme park located in the western part of the city of Shenzhen in the People's Republic of China. It has about 130 reproductions of some of the most famous tourist attractions in the world squeezed into 48 hectares (480000 square meters). The 108 meter (354 ft) tall Eiffel Tower dominates the skyline and the sight of the Pyramids and the Taj Mahal all in proximity to each other are all part of the appeal of this theme park.. Antara replika bangunan terkenal yang lain2 ialah:
A typical landscape of Holland, with windmills and tulips
The Palace of Westminster, Buckingham Palace, Tower Bridge of London, England
Stonehenge, near Salisbury, England
The Temple of the Emerald Buddha, Thailand
Mount Fuji, Japan
Canals and Piazza San Marco of Venice, Veneto
The Matterhorn mountain, divided between the Aosta Valley region and the Valais canton of Switzerland


Nak ambik photo kat setengah tempat yg ade patung tu , ustazah2 tak kasi...kita niat nak tunjuk kat orang malaysia yang oiii...

Kawasan yang sangat luas dan berbukit ni , memang mencabar tapak kaki ku ini...tak terlarat rasa nye nak menghabiskan rondaan theme park ini. Tepat jam 6.30pm hari pun dah gelap kerana Maghrib cepat jam5.30petang, kami pun pulang ke hotel untuk solat jamak taqkhir Isyak& Maggrib sebelum dinner. Perut dah lapar, so terus ke restaurant sebelah hotel utk dinner, geng Sri Ilmi yg meeting tu order sekor kambing RM320 aje!!! tapi utk depa2 aje , yg spouse ni cari makan sendiri...tak patut betul...




Dinner kali ni aku memilih curry mutton with rice & anakku pulak fried mee mutton . Kat China ni depa banyak makan sayuran with lamb/mutton dari ayam atau beef, memang ikut sunnah nabi ..bagus utk kesihatan. Air minuman pulak teh China aje lah..mana ade teh tarik or milo..
Mee goreng yg freshly made tu memang takde pengawet sebab depa buat ramen atau kuayteow freshly make depan kita.


Satu lagi nak kongsi cerita , kat sinilah first time tenguk and beli buah badam masih ade kulit nye very fresh...seronok makan sambil watch tv news . Orang Muslim keturunan Ughiur ada jual depan hotel Muslim tu, handsome jugak mamat ini, muka campuran cina arab , mata macam cina, hidung dan kulit macam arab..


28hb November2010

Esok pagi nye selepas sarapan nasi goreng telur yang tak berapa sedap tu, ade kedai Chinese muslim satu blok dgn hotel ni yang kami sempat shopping Al-Quran digital RM150 aje , kat KL jual 3 kali ganda mahal nye...ku beli satu untuk Ibu tercinta dan adik lelaki ku yg kurang lancar membaca tu..


Lepas siap order ALquran tu dan akan dikirim ke Guangzhou 2 hari lagi kerana dia nak download Malay translation and english manual dahulu. Kami pun bertolak ke Guanghzhou jam 9.30 pagi dan tiba di sana 3 jam kemudian, sepanjang jalan ke Guangzhou ini, kami menggunakan highway luas jalan nye dan ade tol jugak macam kita di Msia!!

Selepas selesai urusan check in hotel Clivia @ Jun Zi Lan Hotel, Number 823, The north of JieFang Road, Guangzhou,China Tel: 020-83545816;


Selesai solat ,ustaz bawa kami pun pergi lunch kat gerai kecil berdekatan hotel tersebut. Walaupun tempat nye kecil tapi ramai pengunjung dan masakan adalah style orang unghiur. Masakan nye memang sedap walaupun tempat makan agak terhad dan kurang selesa.




Aku pilih lamb koayteow sup ,mutton rice yg dipilih suami memang sedap masakan nye ala2 paprik gitu..Pendek kata masakan di Gangzhou ni memang kena dengan selera M’sia dan tidak mahal!!!



As one of the shopping paradise in the world, there are many shopping places offered to you in Guangzhou, such as Shangxiajiu Pedestrian Street, Beijing Road, Onelink Plaza, Mayflower Plaza, Liwan Plaza, Zhengjia Plaza (Grandview Mall), China Plaza, Tee Mall etc.
Oleh kerana masa terhad siang tu , Kami direcommendkan pergi ke Onelink plaza yg terletak berdekatan dgn menaiki teksi, tambang pun murah aje tak sampai RM5 pun. Memang di sini banyak barangan ID -, House ornaments dan Handicrafts, Gifts, Toys, Stationeries.



Kami tak dapat nak beli sangat kerana banyak barang yang berkenan agak berat takut kena bayar lebih muatan kat AIRASIA nanati ..lagi tak berbaloi!! Maybe next trip , lebih KG akan dideclare masa tempah tiket kelak ...kena berangan dulu..sebelum second trip menjadi nyata kan!!! Insyallah kalau ade rezeki berlebihan 2011..'Guangzhou you will see me again next time!!!
Pada malam nye , ustaz recommend kami pi Pasar Malam pada sapa2 yg larat lah ! Aku dan hubby memang tak mahu lepaskan peluang menggunakan sepenuh nye masa melancung, nak bermalas2 dibilik hotel masa melancung bukan agenda kami..rugi peluang disia2kan.


Namun hanya aku dan suami pergi ke Pasar Malam yg dibuka hingga pukul 11.30malam.Kami bertolak jam 8.00 lebih menaiki teksi.

Husna tak mahu ikut nak main internet dalam bilik aje..memang dia bukan minat shopping macam Akak Nissa nye!, belum pandai bergaya lagi anak dara aku yang sorang ni…!!

Masa jalan2 tu , perut pun pedih lapar sikit, so belilah satay kat tepi jalan lalu terjumpa sorang mamat Iran ni, dia tegur dulu sebab dia kenal kita orang Malaysia , diberutahu yg dia pernah ke M'sia tapi pergi Main judi kat Genting! Hampeh!!!


Sepanjang bershopping kat sini, aku tak dapat membeli baju untuk the ladies kerana saiz disini 2 x saiz smaller than Malaysia..bayangkan suami ku di M’sia guna saiz L di China kena ambik saiz XXL! So bayangkan lah diriku ini yg pakai XL/XXL kena ambik XXXXL !!!Tapi takde pun kat sini!!!Sorry lah Nissa , tak dapat nak belikan winter coat dia pesan sebab saiz XXL pun macam M malaysia aje...Memang murah winter coat paras lutut tu hanya ¥169(RM81)!!! Cuma dapat beli kasut Zakkir 2 pasang Nike & Timberland for myself.

29 Nov 2010

Pagi ini kami bersarapan dengan nasi goreng telur serta sayur lobak di sagat berserta daun kucai sedap rase nye, ustaz order kat kedai orang Ughiur tu la...hotel Clivia ni tak sediakan muslim food macam kat Szenchen Muslim Hotel tu.. …


Agenda harini ialah ke Baiyun Leather centre dengan menaiki bas rombongan. Mak datuk complex utk leather ni punye lah besar dan harga beg tangan pure leather high quality hanya sekitar ¥130-200 aje (RM62 ke atas) dan dompet pure leather pulak dari ¥25-40 aje!(RM12 ke atas) sahaja!!! Memang kalu ikutkan hati nak beli banyak, tapi masa pulak hanya diberi 1.5jam aje..susah lah nak pilih dan decide dalam waktu terdesak gini….At last belilah sikit2 buat buahtangan dan beg Nisa, pure leather backpack beg utk muatkan netbook buat pi kerja hanya RM80 aje..Nampak gaya kena mai lagi Guangzhou next year dgn free n easy so that bole shopping puas2…


Oh YA! Kat sini kata Ustaz Ismi kalu nak menawar kena tanye harga wholesale dulu..sebab tempat2 yg kami pergi memang utk buat trading wholesale so bila dah tahu harga wholesales..you bolehlah kata nak 10 atau 2 units aje and kalau dia markup 30% boleh lah ambik..Dialog nye "I want to buy many" Dia kan tanya "How Many?" Kita jawab"Many many" then baru tunjuk calculator berapa unit nak...penat tau bercakap macam itik dgn ayam kat sini...Pakai calculator masa menawar tu senang sikit!


Kemudian bas kami singgah selama sejam di Toys centre di Yi De Lu pulak, Husna mintak 1000 pieces puzzle , harga nye amat murah Cuma ¥25(RM12) sahaja kat KL about RM40 ke atas…belikan abang nye sekotak jugak.Aku tak berminat nak beli kat sini, sebab masa hanya sejam diberi pastu bulky pulak barang2 nye..


Waktu solat pun dan makan pun tiba, kami pun pergi lunch kat Nur Bostan Muslim restaurant kat GuangTa Road berdekatan Masjid Huaisheng, sambil solat di masjid dimana terdapat makam uncle Nabi SAAD ibni Abi Waqqas yg membina masjid pertama di China ini semasa awal dinasti Tang dahulu.

Lunch kali ni kami order mee goreng , lamb chop dan koayteow goreng…bila tengok menu tak faham tulisan china tu so kami main tunjuk2 aje..bila order sampai tu dia rupa2 nye kami order lauk perut bukan koayteow..padanlah lambat beno siap nye !! Sempat jugak bergambo depan masjid dengan Chinese Muslimah yg sama2 solat kat Masjid pertama di China tersebut. Ustazah Rusni tu, beria-ria nak borak ngan dia tapi bahasa isyarat ajelah gamak nye!!!


Sempat jugak bergambar dekat perigi SHABI yg digunakan semasa zaman SaadAbi Waqqas semasa mendirikan masjid dulu..air mineral nye memang sedap..



Oleh kerana tak kenyang sangat akibat salah order tadi , so semasa shopping di electronics centre selama 2 jam , kami anak beranak beli lamb kebab di cucuk macam satay tepi jalan tu untuk mengalas perut. Sedap sungguh satay China ni harga nye hanya ¥2 secucuk…


Suami ku membeli GPS dengan harga ¥420 sahaja..mintak load peta malaysia ,indonesia dll. Masa beli satay tu kami pun jumpa China couple dari Nilai yg beli barang utk kedai depa tu..depa tegur kami dulu..dan suka makan satay ni...Tak susah nak kenal orang islam kat China kerana depa ni memang pakai kupiah dan jual satay atau buahan kering aje...guna kereta sorong..

Sambil menunggu yang lain habis shopping kat kedai electronics tu, kami berjalanlah dikedai berdekatan kawasan tu, dan suamiku terkenan sehelai sweater Timberland ¥130 dan aku pula nampak member makan aiskerim, lalu membeli aiskerim harga murah samgat hanya ¥2 dari kedai halal berdekatan dan rasa nye tak manis very chocalaty..memang di Guangzhou ni banyak sekali kedai Halal..nak kenal senang aje kedai2 halal ini,,,,,dari jauh senang aje..kalau tulisan signboard china nye warna hijau sah lah kedai tu barangan nye halal...



Selesai shopping kami ke Pearl River untuk menaiki feri melihat keindahan mainan lampu disekitar bandar ini...Tapi oleh kerana queue yg terlalu panjang kami ambil keputusan untuk mengelilingi saja kawasan ini dengan bas. Nasib kami baik , kami terjumpa kawasan pembukaan resmi & penutupan Asia Games yg baru selesai semalam..



Perhiasan dan mascot kambing ASIA games tu dibuat dari bunga2an dan berlatar belakangkan tower yg dihias lampu laser berwarna warni serta bangunan tinggi mencakar langit yg dihias lampu . Ustaz menerangkan dalam bas yang kerajaan China telah berbelanja ¥3Billion untuk ASIA Games ni...dan semua pemilik bangunan di beri dana untuk mengecat dan menghias hartanah masing2 bagi keselesaan & tarikan pelancung kini dan masa depan !! Memang China amat cerdik mengambil kesempatan untuk mempromosikan pelancungan depa pulak!! Hari tu baru lepas Olimpik Games, ni Asia games pulak, lepas ni OKU Games ...


Sebelum balik ke hotel, kami dinner di Restoran Abdullah yang menjadi tempat menteri2 kita makan bila kesana..photo Dato Nik Aziz makan di situ pun ade tergantung di Restoran ini!!!Masakan nye sedap jugak tapi makan kat gerai2 tepi jalan tu lagi tasty tau!!!



30 November 2010


Harini ini adalah hari terakhir kami di Guangzhou, Flight kami jam 12.30 malam, oleh itu siang nye kami ada acara bebas..suami ku ajak ke Leather centre sebab tak cukup souvenir untuk dibawa pulang...


Nak beli wallet aje banyak2 sebab ringan dan high quality leather kat Malaysia harga seratus kat sini RM15 aje...Haritu kami pun beli jugak wallet utk anak bujang ku ! Pada mula nye kami sesat masa nak sampai Baiyun tu..depa kata jalan kaki dekat aje..tapi bila masuk subway hilang arah sebab bawah tanah dia pun banyak cabang jalan..akhir nye selepas penat berjalan dan bertanya pada hotel berdekatan ,,yang tak faham bahasa kami sebut Baiyun pun tak faham jugak..kami decided naik teksi patah balik ke hotel dan mintak receptionist tulis in chinese baiyun address tu!!



Kami lunch di restoran muslim sekitar pusat membeli belah barangan pakaian, tak ingat nama tempat nye..tetapi di pusat bandar Guangzhou ni terdapat banyak sekali restaurant Halal... memang tak kebulur lah muslimin muslimat ke Guangzhou ni...Tengok lah makaann kami order ni semua lamb atau mutton aje..takmain order ayam kat sini tak berkhasiat sgt..Si Bujang Muslim kat restaurant tu loyar buruk (lihat yg pakai kupiah tu ), kami order ikut photo menu aje, maklumlah tulisan chinese, dia akan buat bunyi kambing utk confirmkan daging tu daging lamb atau mutton !! Kelakar sungguh itik & ayam berkomunikasi ni!!.


Kami solat dan check out jam 2.30 petang dan singgah ke shopping centre jual baju2 pulak ..tak tahu nak sebut nama tempat nye..suami ku beli 20 boxers separuh harga dan jaket winter murah aje..lebih kurang RM70 aje,,, kemudian kami solat di Masjid besar Guangzhou Masjid dimana Pemain Asia solat Jumaat dan kubur Saad bin Abi Waqas uncle nabi dan rakan2 nye disemadikan selepas berdakwah hingga ke negeri China 3,000 tahun dahulu.



Sebelum akhiri cerita ini, di Guangzhou terdapat 4 masjid utama iaitu Huaisheng Mosque, Sage's Tomb, Haopan Mosque and Xiaodongying Mosque. Huaisheng Mosque located at 56 Guangta Road, Yuexiu District 510180 Guangzhou was awarded National Model Mosque and the Guangzhou Islamic Association is located in Guangzhou Muslim Sage's Tomb, is the tomb of Sa'ad ibn Abi Waqqas who was the uncle of the Prophate Muhammad s.a.w. and located on 901, Jiefangbei Road 510010 Guangzhou.

.

2 comments:

DATO MUDA NIZAR said...

cantik suasana kt situ,..btw,sy mcm kenal anak mak cik,..nama dy muzakkir kan??satu uiam ngn saya,.=)

MUHD NAQIEUDDIN BIN NASARUDDIN said...

Saya da tel SHEHZHEN MUSLIM HOTEL tapi salah tempat (restoran). Jika tak keberatan hrp dpt beri panduan & info.

Syukran



MUHD NAQIEUDDIN BIN NASARUDDIN
http://vhlaptronics.blogspot.com/
http://pukaldichina.blogspot.com/